perkembangan tamadun islam
lengkap tentang zaman khalifah sehingga Empayar Turki Uthmaniyyah.
Thursday, September 16, 2010
Monday, September 13, 2010
Tamadun Islam
Tamadun Islam
Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.
Berbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat
Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam
Dunia Islam
Negara dengan majoriti Muslim berwarna hijau, manakala negara dengan kira-kira 50% Muslim berwarna kuning.
Istilah Dunia Islam mempunyai beberapa makna. Dari segi budaya ia merujuk kepada komuniti Muslim sedunia, pengikut ajaran Islam. Komuniti ini berjumlah kira-kira 1.3-1.4 bilion orang, atau satu perlima dari penduduk dunia. Komuniti ini tersebar luas di banyak negara dan kumpulan etnik yang cuma dihubungkan dengan agama. Dari segi sejarah atau geopolitik pula, istilah ini biasanya merujuk kepada kumpulan negara majoriti Muslim atau negara yang Islam menonjol dalam politiknya.
Komuniti Muslim sedunia juga dikenali secara kolektif sebagai "ummah". Islam menekankan perpaduan dan pembelaan sesama Muslim, walaupun terdapat beberapa golongan dalam Islam (seperti pemisahan Sunnah-Syiah). Di masa lampau, ideologi "pan-Islamisme" dan nasionalisme pernah mempengaruhi Dunia Islam.

Khulafa al-Rasyidin
Khulafa al-Rasyidin
Khulafa ar-Rasyidin atau Khulafa ar-Rasyidun (jamak kepada Khalifatur Rasyid) bererti wakil-wakil atau khalifah-khalifah yang benar atau lurus. Mereka waris kepimpinan Rasulullah selepas kewafatan baginda Nabi Muhammad s.a.w.. Perlantikan mereka dibuat secara syura iaitu perbincangan para sahabat atau pilihan khalifah sebelum. Selepas pemerintahan ini, kerajaan Islam diganti oleh kerajaan Ummaiyyah. Khulafa ar-Rasydin terdiri daripada empat sahabat:
• Saidina Abu Bakar, 632-634 M
• Saidina Umar Al-Khatab, (Umar І) 634-644 M
• Saidina Uthman Affan, 644-656 M
• Saidina Ali Abi Talib, 656-661 M
Selepas kematian Saidina Ali, pemerintahan jatuh kepada Muawiyah yang mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kaitan
Hassan bin Ali dan Umar bin Abdul Aziz sering dikaitkan dengan Khulafa ar-Rasyidin.
Hassan bin Ali
Setelah ayahnya, Ali, meletakkan jawatan demi keamanan Muslimin, walaupun pucuk pemerintahan sudah diambil Muawiyah, penyokong Ali telah mengangkat Hassan sebagai khalifah di Iraq tetapi telah digulingkan oleh Muawiyah dalam tahun yang sama. Pilihan ini dirakam sebagai pilihan waris pertama dalam sejarah khalifah kerana tiada persetujuan am diadakan. Muawiyah kemudian memulakan zaman Ummaiyyah, zaman khalifah warisan yang pertama.
Umar bin Abdul Aziz
Beliau memang seorang khalifah pada zaman Ummaiyyah dan ternyata bukan antara Khulafa ar-Rasydin. Dikenali sebagai Umar ІІ, beliau juga dikenali sebagai seorang khalifah yang agung kerana menyerupai datuknya, Umar І (Saidina Umar Al-Khatab) dari segi sikap tegas tetapi adil dan kesentosaan yang dibawa kepada wilayahnya semasa wilayah itu sedang kucar-kacir; punca beliau diangkat untuk memerintah. Keagungan dan keadilan beliau menyebabkan beliau dikenali dalam sejarah yang disebarkan luas ke mana-mana Islam disebarkan. Hal ini menyebabkan beliau lebih terkenal daripada Hassan bin Ali dan disalahanggap sebagai antara Khulafa ar-Rasyidin.
Namun begitu para ulama' bersepakat dan mengakui mengatakan bahawa beliau adalah mujaddid bagi kurun pertama Hijrah
Khalifah Abu Bakar as-Siddiq
Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Abu Bakar
Semasa Rasulullah s.a.w. sedang sakit tenat, baginda mengarahkan supaya Saidina Abu Bakar mengimamkan solat orang Islam. Selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w., sebuah majlis yang dihadiri oleh golongan Ansar dan Muhajirin ditubuhkan untuk melantik seorang khalifah bagi memimpin umat Islam. Hasil daripada perjumpaan itu, Saidina Abu Bakar dilantik dan menjadi khalifah pertama umat Islam.
Perlantikan Saidina Abu Bakar mendapat tentangan daripada beberapa orang yang ingin melantik Saidina Ali Abi Talib sebagai khalifah kerana Saidina Ali antaranya ialah golongan Syiah. Tentangan itu tamat selepas Saidina Ali Abi Talib membaiahkan Saidina Abu Bakar. Antara kejayaan yang diperoleh Saidina Abu Bakar ialah melancarkan kempen untuk menghapuskan golongan Riddah dan nabi palsu dalam siri Peperangan Islam-Riddah, pengumpulan Al Quran, dan berjaya menawan beberapa kawasan milik Empayar Parsi dan Byzantine.
Beliau wafat pada tahun 634.
Khalifah Umar al-Khatab
Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Umar Al-Khatab
Semasa pemerintahan singkat Saidina Abu Bakar, Saidina Umar merupakan penasihat Saidina Abu Bakar. Saidina Abu Bakar mencalonkan Saidina Umar sebagai penggantinya sebelum kematiannya pada tahun 634 masihi. Dengan itu Saidina Umar menjadi khalifah kedua umat Islam.
Semasa pemerintah Saidina Umar, empayar Islam berkembang dengan pesat; menawan Mesopotamia dan sebahagian kawasan Parsi daripada Empayar Parsi (berjaya menamatkan Empayar Parsi), dan menawan Mesir, Palestin, Syria, Afrika Utara, dan Armenia daripada Byzantine (Rom Timur). Pada tahun 638, selepas pengempungan Baitulmuqaddis yang agak lama, tentera Islam berjaya menakluk kota tersebut.
Saidina Umar banyak melakukan perubahan terhadap sistem pemerintahan Islam seperti menubuhkan pentadbiran baru di kawasan yang baru ditakluk, memberi upah kepada tentera & membuat jadual giliran bertugas, mewujudkan pejabat pos untuk surat menyurat, menyelaras aliran sungai untuk tujuan penanaman dan melantik panglima-panglima perang yang berkebolehan. Semasa pemerintahannya juga kota Basra dan Kufah dibina.
Saidina Umar wafat pada tahun 644 selepas dibunuh oleh seorang hamba Parsi yang bernama Abu Lu'lu'ah.
Khalifah Uthman Affan
Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Uthman Affan
Saidina Uthman menjadi khalifah selepas Saidina Umar Al-Khatab dibunuh pada tahun 644. Beliau memerintah selama dua belas tahun iaitu dari tahun 644 sehingga tahun 656. Antara pembaharuan yang dibuat ialah menubuhkan Angkatan Tentera Laut yang diketuai oleh Muawiyah dan membuat dasar terbuka dalam hubungan politik & urusan dagangan
Semasa pemerintahannya, keseluruhan Iran, sebahagian daripada Afrika Utara, dan Cyprus menjadi sebahagian daripada empayar Islam.
Saidina Uthman wafat pada tahun 656 akibat dibunuh oleh pemberontak yang tidak puas hati dengan pemerintahannya.
Khalifah Ali bin Abu Talib
Untuk rencana lanjut, sila lihat Saidina Ali Abi Talib
Pada tahun 656 masihi, khalifah ketiga Islam iaitu Saidina Uthman Affan wafat kerana dibunuh di dalam rumahnya sendiri. Segelintir masyarakat kemudiannya mencadangkan Saidina Ali supaya menjadi khalifah tetapi Saidina Ali menolak. Tetapi selepas didesak oleh pengikutnya, beliau akhirnya menerima untuk menjadi khalifah.
Ketika pemerintahannya telah terjadi dua perang saudara di kalangan umat Islam iaitu Perang Jamal (Perang Unta) antara tentera pimpinan Saidina Ali dengan pengikut Aishah binti Abu Bakar, Zubair ibn Awwam dan Talhah ibn Ubaidillah yang mengakibatkan Zubair dan Talhah terkorban sementara Perang Siffin pula membabitkan penentangan Muawiyah yang ketika itu berpusat di Damsyik. Dalam peperangan ini, Ammar ibn Yasir terkorban. Penentangan ini berjaya ditamatkan apabila empayar Islam dipecahkan kepada dua.
Saidina Ali wafat pada tahun 661 akibat dibunuh ketika beliau hendak bersolat subuh.
Garis masa Khulafa al-Rasyidin
Dimaklumkan bahawa catatan masa tahun-tahun pemeritahan khalifah tidak berlaku pada hari pertama tahun baru.
Kronologi Khulafa al-Rasyidin
• 632 M - Kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Saidina Abu Bakar dilantik menjadi khalifah. Usamah mengetuai ekspedisi ke Syria. Kempen menentang Bani Tamim dan Musailimah.
• 633 M - Pengumpulan Al Quran bermula.
• 634 M - Kewafatan Saidina Abu Bakar. Saidina Umar Al-Khatab dilantik menjadi khalifah. Penaklukan Damsyik.
• 635 M - Penawanan Madain.
• 636 M - Penaklukan Syria, Mesopotamia, dan Palestin.
• 637 M - Mesir ditawan.
• 638 M - Penawanan Baitulmuqaddis oleh tentera Islam.
• 640 M - Kerajaan Islam Madinah mula membuat duit syiling Islam.
• 644 M - Saidina Umar mati syahid akibat dibunuh. Saidina Uthman Affan menjadi khalifah.
• 645 M - Kempen di Afrika Utara. Cyprus ditakluk.
• 646 M - Kempen menentang Byzantine.
• 647 M - Perang di laut menentang angkatan laut Byzantine. Empayar Parsi ditumpaskan.
• 648 M - Pemberontakan menentang pemerintahan Saidina Uthman.
• 656 M - Saidina Uthman wafat akibat dibunuh. Saidina Ali Abi Talib dilantik menjadi khalifah. Terjadinya Perang Jamal.
• 657 M - Saidina Ali memindahkan pusat pemerintahan daripada Madinah ke Kufah. Perang Siffin meletus.
• 659 M - Saidina Ali menawan kembali Hijaz dan Yaman daripada Muawiyah. Muawiyah mengisytiharkan dirinya sebagai khalifah Damsyik.
• 661 M - Saidina Ali wafat. Tamatnya pemerintahan Khulafa al-Rasyidin. Muawiyah mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.

Kerajaan Bani Ummaiyyah
Kerajaan Bani Ummaiyyah
Halaman Masjid Ummaiyyah di Damsyik menjadikannya salah satu simbol kekuatan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kerajaan Bani Ummaiyyah (Arab بنو أمية banū umayya / الأمويون al-umawiyyūn); Parsi امویان (Omaviyân), Turki, Emevi) ialah kerajaan khalifah Islam berasaskan perwarisan pertama selepas kewafatan Nabi Muhammad s.a.w. Kerajaan ini terdiri daripada keluarga di dalam kaum Quraish Makkah. Kerajaan Bani Ummaiyyah ini berkuasa dari tahun 661 masihi sehingga tahun 750 masihi. Ironiknya kaum Bani Ummaiyyah sebelum ini pernah menjadi musuh ketat Islam sebelum mereka memeluk Islam.
Asal nama kerajaan Bani Umaiyyah adalah mengambil nama sempena nama datuk Muawiyah,pengasas kerajaan ini iaitu Umaiyyah bin Abdul Syams,seorang pemimpin kaum Quraish yang kaya dan berpengaruh.
Masjid Ummaiyyah antara seni bina agung Kerajaan Ummaiyyah. Di dalamnya terdapat makam Nabi Yahaya a.s.
Muawiyah telah menjadi Gabenor Syria di bawah pemerintahan khalifah ketiga Islam, Saidina Uthman Affan. Pada tahun 35 Hijriah,kota Madinah yang menjadi ibu kota negara Islam telah dilanda krisis politik yang hebat sehingga mencetuskan pemberontakan menentang kerajaan. Akibatnya, Khalifah Uthman bin Affan dibunuh oleh pemberontak. Selepas peristiwa pembunuhan Saidina Uthman, Saidina Ali Abi Talib telah dilantik menjadi khalifah yang baru.
Memandangkan pembunuh Saidina Uthman belum dihukum oleh Saidina Ali , Muawiyah enggan menerimanya sebagai khalifah dan menentang Saidina Ali pada tahun 657.Beliau tidak mengiktiraf Saidina Ali menjadi khalifah kerana Muawiyah telah menuduh Saidina Ali terlibat dalam pakatan membunuh Khalifah Uthman.
Kedua-dua pihak bersetuju untuk berunding untuk menyelesaikan masalah yang timbul. Rundingan ini dilihat oleh para pengikut Saidina Ali sebagai tidak adil. Empayar Islam dipecahkan. Selepas Saidina Ali dibunuh pada tahun 661, anak Saidina Ali iaitu Saidina Hassan telah menjadi khalifah namun baginda telah mengambil keputusan untuk memberi jawatan khalifah kepada Muawiyah sebagai khalifah seluruh empayar Islam atas harapan Muawiyah dapat menyatukan umat Islam pada masa itu kerana Saidina Hassan tidak sanggup untuk melihat perpecahan umat Islam terus berlaku dihadapan matanya.Hal ini menyebabkan tertubuhnya Kerajaan Bani Ummaiyyah dan menyaksikan pertukaran pusat pemerintahan daripada Madinah ke Damsyik.
Empayar kekuasaan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
Kuasa Bani Ummaiyyah berpusat kepada jajahan Byzantian di Syria dan mengekalkan pegawai tempatan yang bukan muslim sebagai pentadbir. Bani Ummaiyyah turut memusatkan usaha mereka kearah menguasai Mediterranean dan menakluk Konstentinopal. Banyak penaklukan dan pembukaan wilayah baru dibuat semasa pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Tentera Muslim berjaya menakluk Afrika Utara dan Iran pada lewat tahun 600-an, mengembangkan empayar Islam daripada Semenanjung Iberia di barat sehingga India di timur. Tentera Ummaiyyah pimpinan Tariq ibn Ziyad menyeberangi Selat Gibraltar dan menubuhkan pemerintahan di Semenanjung Iberia (Sepanyol) sementara baki tentera Islam yang lain menubuhkan pemerintahan di Sind, India.
Kerajaan Bani Ummaiyyah ditewaskan oleh Kerajaan Bani Abbasiyyah selepas tewas dalam perperangan pada tahun 750 masihi. Hal ini menyebabkan kebanyakan kaum keluarga Bani Ummaiyyah dibunuh oleh tentera Abbasiyyah. Seorang waris Bani Ummaiyyah iaitu Abd-ar-Rahman I mengambil pemerintahan Islam di Andalusia dan menubuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah Andalusia di sana.
- 661M- Muawiyah menjadi khalifah dan mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
- 670M- Mara ke Afrika Utara. Penaklukan Kabul.
- 677M- Penawanan Samarkand dan Tirmiz. Serangan ke atas Constantinople.
- 680M- Kematian Muawiyah. Yazid I menaiki takhta. Peristiwa pembunuhan Saidina Hussein.
- 685M- Khalifah Abdul Malik menjadikan Bahasa Arab sebagai bahasa rasmi kerajaan.
- 700M- Kempen menentang kaum Barbar di Afrika Utara.
- 711M- Penaklukan Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
- 712M- Tentera Ummaiyyah mara ke Sepanyol, Sind, dan Transoxiana.
- 713M- Penaklukan Multan.
- 716M- Serangan ke atas Constantinople.
- 717M- Umar bin Abdul Aziz menjadi khalifah. Pembaharuan yang hebat dijalankan.
- 725M- Tentera Islam menawan Nimes di Perancis.
- 749M- Kekalahan tentera Ummaiyyah di Kufah, Iraq ditangan tentera Abbasiyyah.
- 750M- Damsyik ditawan oleh tentera Abbasiyyah. Kejatuhan Kerajaan Bani Ummaiyyah.
sumbangan kerajaan bani umayyah
Sumbangan Kerajaan Bani Umaiyah di Damsyik dan Sepanyol? Memang banyak sumbangan kerajaan ini. Paling utama dalam bidang politik yang melibatkan sistem khalifah, wazarah, urus setia dan hijabah.
Sistem khalifah merujuk pelantikan khalifah sebagai ketua negara Islam. Wazarah pula merujuk wazir di pusat pentadbiran dan gabenor di peringkat daerah. Sistem urus setia melibatkan pentadbiran rekod dan surat menyurat serta hal-hal ketenteraan, polis dan kehakiman. Hijabah merujuk urusan hal-hal pemeriksaan terhadap orang yang ingin menemui khalifah.
Kerajaan ini juga menubuhkan banyak jabatan untuk melicinkan tadbirannya seperti Jabatan Cukai, Jabatan Surat Menyurat, Jabatan Urusan Am dan Jabatan Cop Mohor Pemerintah.
Aspek perundangan melibatkan hakim-hakim menggunakan ijtihad dengan berpandukan Al-Quran dan sunnah untuk menjatuhkan hukuman. Hakim bersikap adil.
Kerajaan ini mewujudkan sistem pendidikan yang sistematik. Pendidikan bermula daripada peringkat rendah hingga ke peringkat universiti. Universiti Cordova merupakan universiti yang terkenal. Rakyat diberi peluan untuk belajar daripada golongan atasan dan bawahan.
Wujud juga bahagian penterjemahan di universiti yang membolehkan pelajar-pelajar mempelajari bahasa Yunani terutama pengetahuan yang ditulis dalam bahasa Yunani kerana bahasa ini telah diterjemahkan ke bahasa arab. Ilmu bahasa dan kesusasteraan berkembang pesat.
Dalam bidang perubatan, doktor-doktor memeprkenalkan disiplin ilmu kimia dengan meluas.Buku al-Feisir, al-Tasrif dan al-Kulliyat telah dihasilkan ketika ini.

Kerajaan Bani Abbasiyyah
Kerajaan Bani Abbasiyyah
Peta dunia semasa kemuncak zaman pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.
Kerajaan Bani Abbasiyyah (Arab: العبّاسدين al-Abbāsidīn) ialah nama yang diberi bagi Khalifah Baghdad iaitu empayar kedua Islam selepas penyingkiran pemerintahan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Kerajaan ini merampas kuasa pada tahun 750 selepas mereka berjaya mengalahkan tentera Ummaiyyah dalam medan peperangan. Kerajaan ini berkembang selama dua kurun tetapi secara perlahan-lahan mengalami zaman kejatuhan selepas kebangkitan tentera berbangsa Turki yang mereka cipta. Kerajaan ini akhirnya berakhir pada tahun 1258 selepas Hulagu Khan iaitu seorang panglima tentera Mongol menghancurkan Baghdad.
Revolusi menentang Ummaiyyah
Adalah dikatakan bahawa keturunan khalifah Abbasiyyah datang dari Saidina Abbas bin Abdul Muttalib (566-652) yang merupakan salah seorang daripada bapa saudara Nabi Muhammad s.a.w., oleh itu mereka merasakan diri mereka layak untuk menjadi khalifah memandangkan salasilah keturunan mereka itu. Bani Ummaiyyah pula ialah salah sebuah daripada golongan dalam kaum Quraish yang berlainan daripada keturunan nabi.
Wilayah Abbasiyyah semasa pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid.
Muhammad ibni Ali, cicit kepada Saidina Abbas menjalankan kempen untuk mengembalikan kuasa pemerintahan kepada keluarga Bani Hashim di Parsi semasa pemerintahan Khalifah Umar bin Abdul Aziz.
Semasa pemerintahan Khalifah Marwan II, penentangan ini semakin memuncak dan akhirnya pada tahun 750, Abu al-Abbas al-Saffah berjaya menewaskan tentera Ummaiyyah dan kemudiannya dilantik sebagai khalifah.
Masalah dan Cabaran
Kerajaan Abbasiyyah amat bergantung kepada sokongan orang Parsi dalam usaha mereka menjatuhkan Kerajaan Bani Ummaiyyah. Pengganti Khalifah Abu al-Abbas, al-Mansur, memindahkan pusat pemerintahan mereka daripada Damsyik ke Baghdad di Iraq berhampiran ibu negara Parsi lama, malah menggunakan kembali batu-batu dari binaan Parsi bagi membina bangunan di pusat pentakbiran baru mereka. Bani Abbasiyyah membangunkan pemerintahan muslim mereka dan meniru pemerintahan mutlak Parsi. Mereka turut mengalu-alukan kedatangan orang bukan Arab Muslim ke sana. Hal ini membantu mengintegrasikan budaya Arab dan Parsi tetapi langkah ini mengasingkan banyak penyokong berbangsa Arab mereka.
Keadaan ini dengan cepat menimbulkan banyak masalah. Bani Ummaiyyah walaupun tewas tetapi mereka masih tidak dimusnahkan. Saki-baki golongan Bani Ummaiyyah selepas kekalahan mereka melarikan diri ke Sepanyol dan menubuhkan sebuah kerajaan di sana yang juga digelar Kerajaan Ummaiyyah.
Kerajaan Abbasiyyah juga menghadapi kesukaran dengan golongan Syiah. Golongan Syiah banyak membantu Abbasiyyah memandangkan mereka merupakan keturunan Nabi Muhammad s.a.w., tetapi Abbasiyyah ialah Ahli Sunah Waljamaah dan mereka menghalang kegiatan puak Syiah sebaik sahaja memegang kuasa. Hal ini mengakibatkan berlaku lebih banyak konflik.
Ancaman ini mendorong Khalifah Bani Abbasiyyah untuk memusnahkan musuh mereka dengan kejam, melaksanakan upacara istana yang mewah, dan membiayai penulisan moden. Keadaan inilah menjadi asas bagi penulisan kesah Seribu Satu Malam, kumpulan cerita yang menggambarkan kemewahan Timur yang ditulis di Baghdad semasa pemerintahan Khalifah Bani Abbasiyyah.
Dalam masa yang sama, kerajaan Abbasiyyah menghadapi cabaran yang lebih berbahaya. Empayar Byzantine sedang berperang dengan Kerajaan Abbasiyyah di wilayah pemerintahan Abbasiyyah di Anatolia dan Syria. Bagaimanapun dari sudut pandangan barat, kebangkitan Puak Bani Abbasiyyah adalah penting, bukan sahaja kerana kerana perkembangan dalam penulisan dan lagenda, tetapi juga kerana kecenderungan mereka kearah timur telah mengurangkan tekanan kepada kawasan Mediterranean, membenarkan negara Byzantian keupayaan untuk bangkit kembali, dan puak Frank jauh di barat untuk mulai membentuk kekuatan mereka. Pemerintah Frank, Charlemagne mengekalkan hubungan diplomatik dengan khalifah Harun al-Rashid yang telah menghantar hadiah seekor gajah kepada puak Frank.
Mamluk
Peta empayar Islam Abbasiyyah pada zaman kemuncaknya.
Apabila kuasa Bani Bani Abbasiyyah mulai merosot pada pertengahan abad ke sepuluh, terdapat tempoh perpecahan yang berlarutan. Punca utama kelemahan Bani Bani Abbasiyyah adalah kemerosotan asas ekonomi utama mereka, kekayaan dari perladangan di lembah Tigris-Euphrates. Selain itu kerajaan Abbasiyyah turut menghadapi cabaran di dalam dan luar negara. Bagi mengatasi masalah ini, kerajaan Abbasiyyah memutuskan untuk mencipta sebuah unit angkatan tentera yang setia kepadanya yang kebanyakan datang daripada hamba berbangsa Turki yang dikenali sebagai Mamluk. Pasukan ini yang dicipta sewaktu zaman Khalifah al-Mu'tasim (833-842) dan zaman pemerintahan khalifah berikutnya iaitu Khalifah al-Wathiq (842-847). Pasukan tentera ini berjaya menghalang empayar Islam ini daripada terus diancam.
Golongan Mamluk ini tidak lama kemudian mula mendapat pengaruh secara perlahan sehinggalah mereka merampas kuasa. Selepas itu, pemimpin Bani Abbasiyyah menjadi boneka sehingga khalifah mereka dimusnahkan sepenuhnya oleh puak Mongol pada 1258. Daripada 945 sehingga abad ke enam belas politik dunia Islam dikuasai oleh politik tempatan dengan beberapa pemerintah lemah berlainan, seringkali orang Turki yang memerintah kawasan berlainan. Bagaimanapun kebudayaan Islam terus berkembang semasa "tempoh pertengahan", terutamanya antara 900 sehingga 1250, pada masa yang sama apabila pemerntahan Islam berkembang ke Turki moden dan India. Kemudian empayar Islam moden muncul, yang menonjol di barat adalah Othman Turki yang mengawal sebahagian besar Eropah barat dan Timur Dekat dari abad ke lima belas sehingga 1918.
Kesarjanaan semasa zaman Abbasiyyah
Zaman pemerintahan Khalifah Harun al-Rashid (786 - 809) dan penggantinya menandakan bermulanya perkembangan ilmu pengetahuan.
Istana Abbasiyyah.
Banyak golongan-golongan pemikir lahir semasa zaman ini, ramai diantara mereka ialah bukan Islam dan bukan Arab Muslim. Mereka ini memainkan peranan yang penting dalam menterjemahkan dan mengembangkan karya Greek dan Hindu, dan ilmu zaman pra-Islam kepada masyarakat Kristian Eropah. Sumbangan mereka ini menyebabkan seorang ahli falsafah Greek iaitu Aristotle terkenal di Eropah. Tambahan pula, pada zaman ini menyaksikan penemuan semula ilmu geografi, matematik, dan astronomi seperti Euclid dan Claudius Ptolemy. Ilmu-ilmu ini kemudiannya diperbaiki lagi oleh beberapa tokoh Islam seperti Al-Biruni dan sebagainya.
Zaman ini juga menyaksikan lahir sarjana-sarjana Islam terkenal seperti Ibnu Sina, Al-Khindi, al-Farabi dan sebagainya. Sarjana-sarjana Islam ini meningkatkan lagi pencapaian Islam dalam bidang perubatan melalui pengetahuan yang diwarisi daripada Zaman Yunani yang diserap dan digabung dengan kajian yang mereka lakukan. Avicenna telah mengenal pasti sifat berjangkit pada penyakit batuk kering, menggambarkan pleurisy, dan pelbagai jenis penyakit saraf yang lain. Beliau turut menjelaskan bahawa penyakit boleh tersebar dengan pencemaran air dan tanah. Kitab perubatannya yang paling utama 'Canon of medicine' telah diterima pakai di Europah sebagai buku teks rasmi sehingga abad ke tujuh belas. Rhazes (865-925) merupakan pakar perubatan klinikal pada zaman medieval. Pencapaiannya yang utama adalah jumpaan mengenai perbezaan antara measles dan smallpox. Pakar sains Islam yang lain telah mengetahui mengenai kebaikan penyucian (cauterization), dan agen jangkitan (styptic), mengenal pasti barah perut, memberikan penawar racun, dan mencapai kemajuan cemerlang dalam merawat penyakit mata. Selain itu mereka mengenal pasti ciri-ciri jangkitan wabak bubonic, dengan menyatakan bahawa ia boleh disebarkan melalui pakaian.
Selain itu hospital semasa pemerintahan Islam merupakan paling maju dalam pentakbiran hospital dan pengawalan perkhidmatan perubatan. Terdapat sekurang-kurangnya tiga puluh empat hospital di bandar utama Persia, Syria, dan Mesir, yang diatur sebagaimana hosital moden. Setiap hospital mempunyai wad menurut jenis penyakit, dispensari, dan perpustakaan. Ketua pakar perubatan dan pembedahan memberi syarahan kepada pelajar dan pelatih, menguji mereka, memberikan lesen untuk berkhidmat. Malah pemilik lintah, dalam kebanyakan kes juga juga merupakan tukang gunting rambut, terpaksa menyerahkannya bagi pemeriksaan menurut tempoh masa berkala.
Pencapaian bidang saintifik Islam yang lain adalah dalam bidang optik, kimia, dan methematik. Pakar sains Islam mengasaskan bidang optik dan menyatakan beberapa kesimpulan penting berkenaan teori kanta pembesar, kepantasan, pengaliran, dan biasan cahaya. Ahli kimia Islam turut mengatasi alkhemi, rekaan Yunani Hellenistik, sistem kepercayaan bahawa kesemua logam pada asasnya adalah sama, dengan itu logam asas boleh ditukarkan kepada emas sekiranya perkakasan yang betul (batu falsafah) dapat dijumpai. Hasil ujian pakar kimia Islam, sesetengahnya menolak teori penukaran logam sepenuhnya. Selain itu,mereka turut menjumpai pelbagai jenis unsur dan sebatian baru, antara lain soda karbonat, tawas, borax, silver nitrat (larutan ion perak), saltpeter, nitrik dan asid sulfrik. Selain itu,ahli sains Islam merupakan yang pertama menggambarkan proses kimia penyulingan, penapisan dan sublimation.
Dalam bidang methmetik, pencapaian teragung pakar sains Islam adalah menggabungkan geometri Yunani dengan sistem nombor hindu. Dengan pengenalan nombor sifar (0), pakar mathematik Islam telah berjaya mengembangkan pengiraan berasaskan sistem perpuluhan dan memajukan algebra. Dengan asas geometri Yunani kepada rujukan pergerakan bintang-bintang, pakar matematik Islam mencapai kemajuan pesat dalam trigometri sphere. Dengan itu mereka menyatukan dan memajukan kesemua bidang pengatahuan methematik.
Dalam bidang astrologi, kajian teliti dilakukan mengenai perubahan kedudukan bintang, malah terdapat dari mereka yang menimbangkan kemungkinan bumi berputar dan beredar mengelilingi matahari. Tetapi teori ini ditinggalkan kerana ia tidak selaras dengan pemikiran silam masa itu seperti orbit planet yang berbentuk bulat.
Dalam bidang perdagangan, perkembangan perdagangan tidak mungkin wujud tanpa perkembang perindustrian. Hampir setiap negeri mempunyai pengilangan sesuatu yang khusus, Mosul di Syria merupakn pusat kapas, dan kain; Baghdad khusus dalam penghasilan barangan kaca, perhiasan, barangan tembikar, dan sutera; Morocco dalam penghasilan barangan kulit; Toledo di Sepanyol bagi penghasilan pedangnya yang terbaik.Selain itu terdapat pelbagai bandar lain yang turut menghasilkan dadah, minyak wangi, karpet, tapestries, brocades, satin, barangan logam, kertas dan lain-lain.
Dalam kesemua bidang, Islam mengatasi barat sehinggalah abad ke dua belas, apabila negara barat maju kehadapan dengan sebahagiannya dari apa yang dipelajari mereka daripada Islam. Dalam bidang ekonomi, barat menyerap pengetahuan dalam bidang pengaliran, penanaman tanaman baru, penghasilan kertas, penyulingan. Tahap pengaruh Islam kepada ekonomi barat dapat dilihat dalam sejumlah besar perkataan Inggeris yang berasal daripada Arab atau Persia. Antara lain adalah traffic, tariff, magazine, alcohol, muslin, orange, lemon, alfalfa, saffron, sugar, syrup, dan musk. Dalam bidang sains pula perkataan seperti algebra, cipher, zero, nadir, amalgam, alembic, alchemy, alkali, soda, dan almanac.
[sunting] Kejatuhan Kerajaan Abbasiyyah
Hulagu Khan menyerang dan memusnahkan Baghdad pada 10 Februari 1258, menyebabkan kehilangan nyawa yang banyak. Al-Musta'sim, pemerintah terakhir Abbasiyyah kemudiannya dihukum bunuh pada 20 Februari 1258. Banyak buku-buku rujukan yang tidak ternilai musnah akibat serangan Mongol ini. Adalah dikatakan bahawa seramai 800,000 penduduk Baghdad mati dibunuh oleh tentera Mongol.
Lihat juga Sejarah Islam
Kronologi Kerajaan Bani Abbasiyyah
• 752M- Bermulanya Kerajaan Bani Abbasiyyah.
• 755M- Pemberontakan Abdullah bin Ali. Pembunuhan Abu Muslim.
• 756M- Abd ar-Rahman I mengasaskan Kerajaan Bani Ummaiyyah Sepanyol.
• 763M- Penubuhan kota Baghdad. Kekalahan tentera Abbasiyyah di Sepanyol.
• 786M- Harun al-Rashid menjadi Khalifah.
• 792M- Serangan ke atas selatan Perancis.
• 800M- Kaedah sainstifik dicipta. Algebra dicipta oleh Al-Khawarizmi.
• 805M- Kempen menentang Byzantine. Penawanan Pulau Rhodes dan Cyprus.
• 809M- Kewafatan Harun al-Rashid. Al-Amin dilantik menjadi khalifah.
• 814M- Perang saudara di antara Al-Amin dan Al-Ma'mun. Al-Amin terbunuh dan Al-Ma'mun menjadi khalifah.
• 1000M- Masjid Besar Cordoba siap dibina.
• 1005M- Multan dan Ghur ditawan.
• 1055M- Baghdad ditawan oleh tentera Turki Seljuk. Pemerintahan Abbasiyyah-Seljuk bermula, yang kekal sehingga tahun 1258 apabila tentera Mongol memusnahkan Baghdad.
• 1085M- Tentera Kristian tawan Toledo (di Sepanyol).
• 1091M- Bangsa Norman tawan Sicily, pemerintahan Muslim di sana tamat.
• 1095M- Perang Salib pertama berlaku.
• 1099M- Tentera Salib tawan Baitulmuqaddis. Mereka membunuh semua penduduknya.
• 1144M- Nur al-Din tawan Edessa daripada tentera Kristian. Perang Salib kedua berlaku.
• 1187M- Salahuddin Al-Ayubbi tawan Baitulmuqaddis daripada tentera Salib. Perang Salib ketiga berlaku.
• 1194M- Tentera Muslim menawan Delhi, India.
• 1236M- Tentera Kristian tawan Cordoba (di Sepanyol).
• 1258M- Tentera Mongol menyerang dan memusnahkan Baghdad. Ribuan penduduk terbunuh.Kejatuhan Baghdad. Tamatnya pemerintahan Kerajaan Bani Abbasiyyah.

Empayar turki Uthmaniyyah
Empayar Uthmaniyyah
Empayar Turki Uthmaniyyah (Turki Uthmaniyyah: Devlet-i Aliye-i Osmaniye; Turki Moden: Osmanlı İmparatorluğu; Arab: الدولة العثمانية, al-Dawlaṭ al-'Uthmānīyyaṭ) keluarga Bani Osmani ini adalah sebahagian kecil dari keseluruhan suku-suku bangsa Turki yang dikenali sebagai bangsa Turki yang masuk ke Asia Kecil semenjak abad ke sebelas yang lalu. Bangsa ini adalah pemimpin-pemimpin yang terus-menerus berjuang menentang Byzantine, terutama setelah mereka bergerak ke barat laut Anatolia di abad ke-13. Pengikut-pengikutnya direputasikan sebagai ghazi atau lebih mudah dikenali sebagai parajurit yang berjuang memerangi Kristian kerana jihad untuk menegakkan Islam, dan mengecapi kejayaan. Di sinilah wujudnya empayar atau kerajaan Uthmaniah, yang menampung kerajaan-kerajaan kecil bangsa Turki yang lain. Pemerintah Uthmaniyyah melihat diri mereka sebagai "pemerintah universal" dan waris kepada Empayar Rom dan Islam, maka terjadilah "penyatuan kebudayaan".[1]Pada tahun 1357 mereka menyeberangi Dardenalles menuju ke semenanjung Gallipoli dan sebelum akhir abad ke-14 mereka telah menduduki beberapa kawasan dibawah kerajaan Byzantine, termasuk Greece dan Bulgaria. Constantinople (kemudian ditukar nama kepada Istanbul) jatuh ke tangan kerajaan Uthmaniah pada tahun 1453. Pada tahun 1526 sebagian besar wilayah Hungary telahpun berada di bawah kekuasaan Uthmaniah .Kerajaan Uthmaniah mempunyai angkatan laut yang handal di Lautan Tengah dan melaksanakan tugasnya dalam perang dengan Sepanyol dan kuasa-kuasa Eropah yang lain. Algeria segera mereka kuasai dan akhirnya menambahkan Tunisia sebagai wilayah kerajaan Uthmaniah. Uthmaniah juga melanjutkan peluasan kuasanya dengan menuju ke bahagian tenggara, menduduki Iraq dan bahagian-bahagian wilayah Arab yg lain. Bagi bangsa Eropah Barat, kemajuan Uthmaniah merupakan keganasan Islam. Dengan ini mereka menegaskan bahawa Islam adalah agama kekejaman dan agama pedang yang menakutkan. Maka tidak hairanlah pada tahun 1542, Dewan Kota Praja Basel di Switzerland membekukan penerbitan terjemahan Al Qur'an yang diterjemahkan oleh Robert dari Ketton. Dewan Kota Praja ini membantah dengan mengatakan "dongeng dan bid'ah yang dibuat-buat" dalam Al Qur'an itu akan mengganggu penganut Kristian Pada akhir abad ke-17, kelemahan kerajaan Uthmaniyah mulai terserlah selepas satu setengah abad berkuasa. Pengepungan ke atas Vienna di tahun 1683 turut menemui kegagalan dan kerajaan Uthmaniah kini pula menghadapi Persekutuan dari Austria, Poland, Venice dan Paus, dan bangsa Rusia.
Semenjak tahun 1699 mereka telah banyak menemui kekalahan dan di dalam perjanjian damai Karlovitz, Uthmaniah harus mempersetujui penyerahan wilayah-wilayahnya kepada Austria, Vennice dan Poland. Walaupun demikian, mereka tetap mempertahankan hak mereka di bahagia tenggara Eropah, termasuk pantai barat dan utara Laut Hitam. Namun pada abad ke-19, kerajaan Uthmaniah kembali kehilangan sebahagian besar dari wilayah taklukkannya yang dimulai dengan kemerdekaan Greece pada tahun 1829 dan pendudukan Perancis ke atas Algeria pada tahn 1830. Kerajaan Uthmaniah menjadi "the sick man of Europe" iaitu Orang Eropah yang sakit dan hanya persaingan mereka inilah yang mencegah terjadinya perpecahan-perpecahan yang dahulunya pernah terjadi. Setelah kekalahannya dalam Perang Dunia I di tahun 1912-1919, semua wilayah ini masih tetap berada di bawah Kerajaan Uthmaniah, dengan wilayah Eropahnya adalah kawasan di sekitar Istanbul meluas sampai ke sebelah utara Edirne (Adrianople) dan ke barat sampai ke Gallipoli. Bangsa Turki di bawah kekuasaan Mustafa Kamal Ataturk telah menghapuskan nama Kerajaan Uthmaniah pada 1922 dan diganti dengan Republik Turki. Wilayah-wilayah jajahan di Asia dan Afrika dahulu telah hilang kecuali Anatolia yang masih berada di wilayah Republik Turki ini.
Sejarah
Wilayah Uthmaniyyah pada mulanya dikenali sebagai Beylik di dalam Kerajaan Turki Seljuk pada kurun ke-13. Pada tahun 1299, Uthman I mengisytiharkan kemerdekaan Wilayah Uthmaniyyah dan mengasaskan Kerajaan Turki Uthmaniyyah.Penubuhan dan Kemajuan (1299-1453)
Semasa penubuhan dan perkembangan Empayar Uthmaniyyah, karakteristik empayar ini tidak boleh disoal lagi lebih-lebih lagi semasa pemerintahan Sultan Muhammad al-Fatih. Hal ini menjadikan Empayar Uthmaniyyah istimewa dalam sejarah ketamadunan manusia.
Kejayaan pengembangan kuasa Uthmaniyyah pada kurun ke-16 adalah kerana kemahiran bersenjata api dan taktik peperangan di samping kesempurnaan sistem ketenteraan. Tentera Uthmaniyyah juga amat mahir dalam melakukan serangan dan kepungan kerana serangan seperti ini mendatangkan kesan kemusnahan yang teruk terhadap musuh mereka.
Salah satu contoh terbaik untuk menunjukkan kemahiran mereka menyerang atau membuat pengepungan ialah semasa peristiwa penaklukan Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453. Semasa serangan terbabit, meriam-meriam besar digunakan bagi memusnahkan tembok yang tinggi dan tebal. Meriam-meriam ini diperbuat daripada gangsa dan dibawa berdekatan dengan kota ini menggunakan banyak tenaga manusia disamping penggunaan kerbau dan lembu kerana berat yang melampau meriam-meriam ini. Meriam-meriam ini kemudiannya ditanam di sebelah hujung bagi menyerap tekanan letupannya. Seorang panglima Austria pernah berkata bahawa tentera Uthmaniyyah amat "kebal" semasa musim panas. Keterangan ini nyata benar memandangkan banyak kejayaan dicapai semasa kempen-kempen perangnya.
Perkembangan (1453-1683)
Perkembangan kekuasaan Uthmaniyyah boleh dikategorikan kepada dua zaman. Zaman pertama boleh dikatakan semasa berlakunya penaklukan dan perkembangan kuasa; iaitu bermula daripada penawanan Constantinople pada tahun 1453 sehinggalah kemangkatan Sultan Sulaiman al-Qanuni (Suleiman the Magnificent) pada tahun 1566. Selepas berakhirnya zaman pertama, zaman kedua pula muncul iaitu semasa struktur pentadbiran mula menunjukkan kelemahannya akibat daripada perebutan kuasa dan rasuah iaitu dari tahun 1566 sehinggalah kegagalan serangan ke atas Vienna pada tahun 1683.Bagi meluaskan pengaruh dan kawasan Empayar Uthmaniyyah semasa zaman perluasaan kuasanya, pemimpin memilih untuk menyebarkan melalui laluan air yakni laut. Selim I menawan Parsi sebelum tewas kepada tentera Parsi tidak lama kemudian. Parsi kemudian menewaskan tentera Uthmaniyyah dan menawan sebahagian kawasan milik Uthmaniyyah di timur empayar itu. Mereka juga berjaya menawan Baghdad. Empayar Uthmaniyyah menubuhkan tentera laut di Laut Merah bagi mengatasi pengaruh Portugis dalam perdagangan rempah. Semasa zaman ini, Empayar Uthmaniyyah bersaing dengan kuasa-kuasa Eropah di Laut India. Empayar Uthmaniyyah juga menghantar tentera lautnya bersama-sama dengan kelengkapan perang dan askar ke Kenya dan Aceh bagi membantu pemerintah-pemerintah Muslim di sana, di samping mempertahankan perdagangan rempah dan hamba. Di Aceh, Empayar Uthmaniyyah membina kubu dan mempertahankannya menggunakan meriam, selain itu Sultan Aceh,Sultan Alauddin Riayat Shah Al Qahar telah memimpin sebuah armada perang dibantu oleh tentera turki Uthmaniyyah dengan meriam-meriam besar dari Istanbul menggempur Portugis di Melaka. Empayar Turki Uthmaniyyah juga merupakan kuasa yang bertanggungjawab dalam membantu perjuangan pihak Protestan Belanda bagi menghadapai konflik mereka dengan golongan Katolik Sepanyol. Tentera laut Uthmaniyyah juga mempunyai banyak pengaruh di Laut Mediterranean menjadikan perdagangan di sana berkembang dengan pesat disebabkan kestabilan perdagangan di situ. Zaman ini kemudiannya dikenali sebagai zaman "Pax Ottomanica" oleh orang Barat.
Serangan ke atas Vienna bukanlah satu siri pengembangan kuasa Empayar Uthmaniyyah terhadap Jerman. Sebenarnya pihak Turki Uthmaniyyah hanyalah ingin bertindak terhadap campur tangan Hapsburg Sepanyol ke atas Hungary. Hal ini juga menyebabkan sesetengah sekutu Uthmaniyyah membelot terhadap Empayar Uthmaniyyah. Paus di Itali kemudiannya meninggalkan kepentingan sekularnya bagi membangkitkan semangat anti-Islam di samping ingin melancarkan Perang Salib yang baru. Dalam masa yang akan datang, Empayar Uthmaniyyah bukan sahaja sebuah kuasa penakluk tetapi juga sebuah instrumen politik Eropah. Perang di Vienna membawa kepada zaman kemerosotan terhadap Empayar Utmaniyyah.
Genangan (1683-1827)
Semasa zaman kemerosotan ini, Empayar Uthmaniyyah lemah kerana masalah dalaman dan luarannya disebabkan peperangan yang amat mahal terutamanya menentang Parsi, Persekutuan Poland-Lithuania, Rusia, Austria-Hungary. Perang Rusia-Turki ialah peperangan antara Rusia dan Empayar Uthmaniyyah semasa kurun ke-17, ke-18, dan ke-19 masihi (kesemuanya 10 peperangan). Ia merupakan di antara konflik yang paling lama dalam sejarah Eropah yang berlarutan selama 241 tahun; lebih lama daripada Perang Seratus Tahun di antara England dan Perancis. Sebelum itu, Empayar Uthmaniyyah tewas dalam Perang Lepanto pada tahun 1571.
Perjanjian Passarowitz menghasilkan satu era yang aman di antara tahun 1718-1730. Pentadbiran Uthmaniyyah mula berubah dengan memajukan kota-kota sekitar Balkan yang akan menjadi benteng pertahanan mereka sekiranya peperangan meletus dengan kuasa Eropah. Pelbagai perubahan dilakukan seperti mendapat pandangan rakyat, mengurangkan cukai, memperbaiki kemudahan awam, dan berbagai-bagai lagi perubahan. Walau bagaimanapun, Empayar Uthmaniyyah gagal bersaing dalam bidang teknologi dengan musuhnya di Eropah, terutamanya Rusia.
Pada penghujung kurun kelapan-belas menyaksikan Empayar Uthmaniyyah ketinggalan jauh berbanding kuasa Barat. Peperangan berlaku dan mengakibatkan Uthmaniyyah kehilangan banyak wilayah kepada Rusia dan Austria. Kawasan seperti Mesir juga mencapai kemerdekaan. Semasa zaman ini, bermula dengan pemerintahan Sultan Selim III terdapat usaha-usaha untuk memodenkan sistem-sistem di Turki. Banyak reformasi yang dilakukan oleh pemerintah dihalang oleh golongan-golongan konservatif di dalam Turki Uthmaniyyah sendiri sama ada oleh golongan keagamaan atau oleh golongan Janissari yang pada masa ini telah menjadi korup. Walaupun askar elit Janissari ini dimansuhkan pada tahun 1826, usaha ini masih mendapat tentangan.
Kemerosotan dan pemodenan (1828-1908)
Proses kemerosotan dan kejatuhan Empayar Uthmaniyyah dibentuk oleh pengstukturan semula dan transformasi dalam setiap aspek Empayar Uthmaniyyah. Walau bagaimanapun, usaha yang berterusan tidak membantu dalam menghalang proses kemerosotan sistem Uthmaniyyah. Satu perubahan yang signifikan hanyalah apabila Empayar Uthmaniyyah mula menjadi sekutu kuasa-kuasa Eropah. Terdapat beberapa siri pakatan dengan beberapa negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Britain dan Rusia. Salah satu contoh yang nyata ialah semasa Perang Krimea, yang mana Perancis, Britain, dan Uthmaniyyah berpakat menentang Tsar Rusia.
Terdapat pada satu masa iaitu antara tahun 1839 dan 1876, reformasi dilaksanakan. Semasa zaman ini tentera moden ditubuhkan. Sistem perbankan juga disusun semula di samping pembinaan kilang-kilang yang moden. Dari struktur ekonomi pula, pihak pentadbir Uthmaniyyah menghadapi kesukaran membayar balik pinjaman yang dibuat dengan bank-bank di Eropah. Dari segi ketenteraan, ia menghadapi masalah mempertahankan dirinya daripada diduduki kuasa-kuasa asing (cth: Mesir diduduki Perancis pada 1798; Cyprus diduduki British pada 1876, dll.).
Dalam semua idea Empayar Uthmaniyyah dapati daripada kuasa Barat seperti nasionalisme etnik. Kebangkitan nasionalisme etnik mengancam kestabilan Uthmaniyyah kerana rakyatnya yang berbilang bangsa. Banyak peristiwa pemberontakan atas nama nasionalisme muncul dan mengugat Empayar Uthmaniyyah.
Menjelang penghujung kurun kesembilan belas, keadaan politik Empayar Uthmaniyyah menunjukkan keadaan kucar-kacir pada masa akan datang. Hal ini jelas menunjukkan bahawa reformasi dan perubahan tidak cukup untuk membuat perbezaan dan tidak cukup untuk menghalang pembubaran Empayar Turki Uthmaniyyah.
Pembubaran (1908-1922)
Dari sudut sosial, kebangkitan semangat nasionalisme dan perubahan untuk demokrasi menjadikan rakyat semakin tidak tenteram. Hal ini akhirnya menyebabkan beberapa siri perebutan kuasa yang mengakibatkan konsep raja berperlembagaan ditubuhkan yang mana sultan mempunyai sedikit kuasa manakala Parti Jawatankuasa Pembangunan dan Kemajuan, lebih dikenali sebagai Turki Muda, memerintah keseluruhan Empayar Uthmaniyyah. Peta terakhir kawasan Empayar Uthmaniyyah.
Tiga buah negara Balkan yang baru terbentuk pada penghujung abad kesembilan belas. Keseluruhan wilayah itu termasuk Montenegro mencari kawasan tambahan di dalam wilayah Albania, Macedonia, dan Thrace yang berada di bawah pentadbiran Uthmaniyyah. Dengan dorongan dari Rusia, beberapa siri perjanjian ditandatangani: antara Serbia dan Bulgaria (Mac 1912) dan antara Greece dan Bulgaria (Mei 1912). Perjanjian di antara Serbia dan Bulgaria mendesak kepada perpisahan Macedonia yang mengakibatkan Perang Balkan I. Selepas itu terjadi pula Perang Balkan II.Dalam usaha terakhir untuk memastikan wilayah-wilayah terbabit kekal dalam kekuasaan Uthmaniyyah, Enver Pasha menyertai kuasa tengah dalam Perang Dunia Pertama. Semasa waktu ini, Landasan Kereta Api Baghdad yang dikuasai Jerman menjadi punca pertenglikaian antarabangsa dan memainkan peranan dalam punca tercetusnya Perang Dunia Pertama. [2]Empayar Uthmaniyyah mendapat beberapa kejayaan dalam tempoh awal peperangan terbabit. Pihak bersekutu, termasuk unit tentera baru, ANZAC dikalahkan di Gallipoli, Iraq dan Balkan, dan beberapa kawasan diperolehi. Di Caucasus, tentera Uthmaniyyah tewas dalam beberapa siri pertempuran dan ini membolehkan tentera Rusia bergerak dari Trabzon, Erzurum, ke arah Van. Empayar Uthmaniyyah bagaimanapun tewas pada akhir peperangan ini terhadap pihak bersekutu dan mengakibatkan ia kehilangan wilayahnya.
Mustafa Kemal Pasha, yang memperoleh reputasi yang baik semasa kempen di Gallipoli dan Palestin, dengan rasmi dihantar daripada Istanbul (ditawan) untuk memerintah dan membubarkan tentera Uthmaniyyah di Caucasus. Pada awalnya pihak Uthmaniyyah hanya mengikuti arahan sahaja. Walau bagaimanapun dalam masa tahun kemudian, berlakunya perang kemerdekaan Turki (1918-1923) menentang kuasa asing. Perjuangan mereka ini mengakibatkan penggulingan kuasa Sultan Mehmet VI oleh Perhimpunan Baru Turki. Republik Turki kemudian diasaskan pada 29 Oktober 1923.
Sejarah kebangsaan
Artikel sejarah berkaitan di Wikipedia. | |||
Sejarah ekonomi
Kerajaan Uthmaniyyah meneruskan polisi pembangunan Bursa, Edirne (Adrianople) dan Istanbul, yang kesemuanya merupakan ibu negara Uthmaniyyah, untuk menjadikan bandar-bandar ini pusat komersial dan industri, dengan mengajak pedagang-pedagang untuk mencipta satu metropolis baru. [3] Mehmed dan penggantinya Bayezid, juga menggalakkan dan menerima migrasi puak-puak Yahudi daripada pelbagai bahagian Eropah, yang tinggal di Istanbul dan bandar-bandar pelabuhan yang lain seperti Salonica. Minda ekonomi Uthmaniyyah adalah berasaskan konsep asas negara dan masyarakat di Timur Tengah yang mana matlamat utama sebuah negara adalah untuk memperkembangkan lagi kekuasaan pemerintah dan salah satu cara untuk mencapainya adalah dengan mendapatkan sumber kekayaan dengan menjadikan kelas produktif berkembang. [4] Matlamat paling penting adalah untuk meningkatkan pendapatan negara sebanyak yang mungkin tanpa merosakkan kemakmuran rakyat bagi menghalang kekacauan masyarakat dan memastikan konsep tradisional masyarakat terpelihara.Organisasi Jabatan Perbendaharaan berkembang di bawah Empayar Uthmaniyyah berbanding kerajaan-kerajaan Islam lain dan sehingga kurun ke-17, Empayar Uthmaniyyah adalah organisasi peneraju berbanding yang lain.[5] Organisasi ini menghasilkan satu kumpulan masyarakat yang baru, yang mana ulama yang terlatih menghasilkan badan profesional kewangan.
Negeri
Terdapat beberapa ciri didalam negeri kekuasaan Turki Uthmaniyyah yang mana tidak menunjukkan perubahan setelah sekian lama.Negeri-negeri Uthmaniyyah merevolusikan sistem pentadbiran dengan bantuan dan pengalaman masyarakat Kristian dan Yahudi sementara negeri-negeri lain masih berpegang kepada agama dan identiti mereka sendiri. Hal ini adalah salah satu cara mengembangkan kawasan mereka dengan pesat yang memerlukan sumber tempatan untuk menguruskan sistem pentadbiran terbabit. Contohnya; perlantikan penasihat kepada sultan. Ada diantara mereka ini dilantik daripada masyarakat bukan Islam dan bukan berbangsa Turki tetapi amat setia kepada negara..
Dalam linkungan diplomatik, Empayar Uthmaniyyah seringkali ditafsir sebagai بابِ علی Bâb-i-âlî, atau Sublime Porte ("pintu besar") - sebuah ilusi terhadap pintu besar Istana Topkapı di mana sultan menyambung wakil-wakil dan duta-duta kerajaan asing. Ada sesetegah pihak menafsirkan gelaran tersebut berikutan kedudukan geografi empayar ini. Hal ini bermakna Istanbul, ibu negeri Uthmaniyyah menjadi gerbang di antara Eropah dan Asia. Masyarakat barat seringkali menganggap Empayar Uthmaniyyah sebagai Empayar Turki ataupun Turki; yang kemudiannya tidak patut dikelirukan dengan negara Turki moden.
Sultan
Sultan ialah pemerintah tunggal Empayar Uthmaniyyah walaupun pada akhir zaman empayar ini, kuasa mereka menjadi semakin terhad.Dinasti ini dikenali sebagai Osmanli atau Uthmaniyyah oleh sesetengah pihak. Pemerintah pertama empayar ini menggelar diri mereka sebagai Bey. Oleh itu mereka mereka mengakui kesetiaan kepada Kerajaan Seljuk. Sultan Murad I ialah pemerintah pertama yang menggunakan gelaran "sultan". Dengan tertawannya Constantinople (Istanbul) pada tahun 1453, empayar ini semakin menuju ke kemuncak kehebatannya. Mulai tahun 1517, sultan-sultan Uthmaniyyah juga merupakan Khalifah umat Islam. Sultan-sultan juga digelar dengan pelbagai gelaran, antaranya ialah Sultan bagi segala Sultan, Panglima orang-orang Mukmin, dan waris Rasulullah s.a.w.
Undang-undang
Terdapat tiga jenis sistem perundangan di dalam Empayar Uthmaniyyah: satu bagi orang Islam (kadi), satu bagi orang bukan Islam, dan satu bagi perdagangan. Undang-undang tertinggi empayar ini ialah Undang-Undang Kanun. Mahkamah utama dalam empayar ini ialah Mahkamah Syariah. Pentadbiran tempatan adalah salah satu cara untuk menyamaratakan kuasa pusat dan tempatan.[6]Terdapat dua sistem kehakiman iaitu Undang-Undang Syariah dan Undang-Undang Kanun. Tidak berlaku percampuran kuasa bagi masalah agama yang lain. Undang-undang Syariah ialah berdasarkan Al Quran dan hadith. Undang-undang kanun (juga dikenali sebagai Undang-undang sivil) ialah undang-undang yang ditetapkan oleh sultan. Kedua-dua sistem ini diajar di sekolah undang-undang yang wujud di Bursa dan Istanbul. Mahkamah diuruskan oleh seorang kadi yang dilantik sultan.
Ketenteraan
Pengambilan askar baru untuk menjadi sebahagian daripada tentera Uthmaniyyah merupakan satu sistem yang kompleks. Didalam tentera Uthmaniyyah, askar berkuda merupakan unit utamanya. Askar berkuda ini menggunakan panah dan pedang pendek sambil mempraktikkan taktik seperti yang ditunjukkan oleh tentera Mongol. Tentera Uthmaniyyah pernah menjadi tentera termoden dan terkuat di dunia, menjadikannya kerajaan pertama menggunakan khidmat askar bersenapang (Bahasa Inggeris muskets). Unit tentera elit Uthmaniyyah ialah tentera Janissari yang juga merupakan pengawal peribadi sultan-sultan. Selepas kurun ke 17, Kerajaan Uthmaniyyah tidak lagi mampu menghasilkan angkatan tentera moden disebabkan kurangnya reformasi dan askar-askar Janissari yang korup. Pembubaran unit Janissari pada tahun 1826 sudah terlambat dan ketika perang menentang Rusia, Empayar Uthmaniyyah kekurangan senjata moden dan teknologi.Pemodenan Empayar Uthmaniyyah pada kurun ke-19 bemula dengan pemodenan angkatan tenteranya. Empayar ini merupakan institusi pertama mengupah pakar asing dan menghantar pegawai-pegawai kanan mereka untuk menjalani latihan di negara-negara Barat. Dengan cara ini teknologi dan senjata baru tiba di sini seperti senapang dari Jerman dan British, tentera udara dan tentera laut moden. Empayar Uthmaniyyah berjaya dalam memodenkan angkatan tenteranya, walau bagaimanapun mereka masih tidak dapat menandingi kuasa-kuasa Barat.
Kebudayaa
Taman Istanbul
Kajian terkini menunjukkan bahawa Empayar Uthmaniyyah sememangnya kaya dengan kebudayaan. Pada asalnya, orang-orang Uthmaniyyah tergolong dalam kebudayaan orang-orang Asia Tengah. Mereka kemudiannya mengintegrasikan kebudayaan Parsi dan Byzantine dalam kehidupan harian mereka. Apabila melihat seni-seni Uthmaniyyah, kita dapat mengetahui bahawa mereka mewarisinya daripada asal-usul mereka. Mereka menggunakan banyak budaya Parsi. Empayar ini menunjukkan terdapat keharmonian di antara bangsa Turki dan bangsa Parsi. Bukan sahaja itu, terdapat juga pengaruh Eropah dan Byzantine.Empayar ini juga kaya dengan pelbagai kebudayaan seperti Arab, Eropah, dan lain-lain lagi kerana empayarnya yang luas merangkumi pelbagai latar belakang dan budaya. Dengan berlakunya asimilasi antara mereka, lahirlah budaya baru di empayar ini.
Kronologi Empayar Uthmaniyyah
Askar-askar Uthmaniyyah selepas tamat Perang Balkan Pertama.
- 1243M- Bangsa Turki yang hidup secara nomad menetap secara tetap di Asia Kecil.
- 1299M- Sebuah wilayah pemerintahan kecil Turki di bawah Turki Seljuk ditubuhkan di barat Anatolia.
- 1301M- Osman I mengisytiharkan dirinya sebagai sultan. Tertubuhnya Empayar Turki Uthmaniyyah.
- 1345M- Turki Seljuk menyeberangi Selat Bosporus.
- 1389M- Tentera Uthmaniyyah menewaskan tentera Serb di Kosovo.
- 1402M- Timurlane, Raja Tartar (Mongol) menumpaskan tentera Uthmaniyyah di Ankara.
- 1451M- Sultan Muhammad al-Fatih menjadi pemerintah.
- 1453M- Constantinople ditawan. Berakhirnya Empayar Byzantine.
- 1520M- Sultan Sulaiman al-Qanuni dilantik menjadi sultan.
- 1526M- Perang Mohacs
- 1529M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna.
- 1571M- Perang Lepanto berlaku.
- 1641M- Pemerintahan Sultan Muhammad IV
- 1683M- Serangan dan kepungan ke atas Vienna buat kali kedua.
- 1687M- Sultan Muhammad IV meninggal dunia.
- 1703M- Pembaharuan kebudayaan di bawah Sultan Ahmed III.
- 1774M- Perjanjian Kucuk Kaynarca.
- 1792M- Perjanjian Jassy.
- 1793M- Sultan Selim III mengumumkan "Pentadbiran Baru".
- 1798M- Napoleon cuba untuk menawan Mesir.
- 1804M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia pertama.
- 1815M- Pemberontakan dan kebangkitan bangsa Serbia kedua.
- 1822M- Bermulanya perang kemerdekaan Greece.
- 1826M- Pembunuhan beramai-ramai tentera elit Janissari. Kekalahan tentera laut Uthmaniyyah di Navarino.
- 1829M- Perjanjian Adrianople.
- 1830M- Berakhirnya perang kemerdekaan Greece.
- 1841M- Konvensyen Selat.
- 1853M- Bermulanya Perang Krimea.
- 1856M- Berakhirnya Perang Krimea.
- 1876M- Perlembagaan Uthmaniyyah diluluskan.
- 1878M- Kongres Berlin. Serbia dan Montenegro diberi kemerdekaan. Bulgaria diberi kuasa autonomi.
- 1908M- Jawatankuasa Perpaduan dan Kemajuan atau lebih dikenali sebagai Turki Muda ditubuhkan. Perlembagaan Uthmaniyyah dikembalikan. Austria menyerang Bosnia dan Herzegovina.
- 1912M- Perang Balkan pertama.
- 1913M- Perang Balkan kedua.
- 1914M- Empayar Uthmaniyyah memasuki Perang Dunia I sebagai sekutu kuasa tengah.
- 1919M- Mustafa Kemal Ataturk mendarat di Samsun.
- 1923M- Sistem kesultanan dihapuskan. Turki diisytiharkan sebagai sebuah Republik.
- 1924M- Pejabat khalifah dihapuskan. Tamatnya pemerintahan Empayar Turki Uthmaniyyah.
Subscribe to:
Posts (Atom)