Monday, September 13, 2010

Tamadun Islam

Tamadun Islam

Islam telah melahirkan antara tamadun manusia yang terunggul di dunia. Ilmuan serta cendekiawan Islam seperti Ibn Sina atau Avicenna, Ibn Rushd atau Averroes dan Al-Khawarizmi telah menyumbang kepada pembangunan sains dan teknologi dunia. Malahan pembangunan ilmu dalam Dunia Islam telah diakui sebagai mangkin kepada Zaman Pembaharuan (bahasa Inggeris: Renaissance) di Eropah yang akhirnya melahirkan satu tamadun yang gemilang di sana.
Bangsa Barat khasnya Eropah telah mengambil inisiatif besar menterjemah malah mempelajari pelbagai jenis ilmu dari dunia Islam Sepanyol dan lain-lain wilayah di Timur Tengah. Ilmu-ilmu yang diterjemah itu melewati ilmu-ilmu falsafah, perubatan, astronomi, matematik, logik, akhlak, kimia, dan algebra. Lahir Universiti-universiti Naples, Bologna, Universiti Paris, Oxford, dan Koln, akhirnya Eropah berjaya melepasi Zaman Kelam meluncur menuju Zaman Pembaharuan. Ilmu-ilmu dari dunia Islam telah membawa kejayaan kepada bangsa Eropah.

Berbezaan antara Tamadun Islam dengan Tamadun Barat

Kehebatan tamadun Islam telah mengubah arah kegelapan tamadun barat menjadi sebuah tamadun yang hebat hingga ke hari ini. Kajian demi kajian dibuat terhadap tamadun Islam telah melahirkan banyak ahli fikir eropah. Secara kasar tamadun Islam lebih mementingkan akhlak keperibadian mulia setiap insan tanpa membezakan setiap bangsa. Namun tamadun barat lebih mementingkan kepada keuntungan atau lebih tepat materialistik (kebendaan) walaupun soal ahklak insan terbiar. Beberapa persoalan adakah tamadun barat yang bangkit daripada tamadun Islam boleh di sama erti dengan tamadun Islam

Dunia Islam


Negara dengan majoriti Muslim berwarna hijau, manakala negara dengan kira-kira 50% Muslim berwarna kuning.
Istilah Dunia Islam mempunyai beberapa makna. Dari segi budaya ia merujuk kepada komuniti Muslim sedunia, pengikut ajaran Islam. Komuniti ini berjumlah kira-kira 1.3-1.4 bilion orang, atau satu perlima dari penduduk dunia. Komuniti ini tersebar luas di banyak negara dan kumpulan etnik yang cuma dihubungkan dengan agama. Dari segi sejarah atau geopolitik pula, istilah ini biasanya merujuk kepada kumpulan negara majoriti Muslim atau negara yang Islam menonjol dalam politiknya.
Komuniti Muslim sedunia juga dikenali secara kolektif sebagai "ummah". Islam menekankan perpaduan dan pembelaan sesama Muslim, walaupun terdapat beberapa golongan dalam Islam (seperti pemisahan Sunnah-Syiah). Di masa lampau, ideologi "pan-Islamisme" dan nasionalisme pernah mempengaruhi Dunia Islam.

No comments:

Post a Comment